.: Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :.
"4 Lil One sebuah blog yang menghimpunkan pelbagai artikel daripada web dan media cetak yang didedikasikan khas untuk memberikan maklumat, panduan dan bimbingan serta perkongsian pengalaman mengenai Kehamilan, Penyusuan Susu Ibu, Penjagaan Bayi dan Kanak-kanak, Pemakanan serta aktiviti-aktiviti yang berkaitan kekeluargaan. Semoga info-info di blog ini dapat membantu ibu bapa semua terutamanya 1st time parent."

23 October 2010

:: Info Kanak-kanak :: Anak Cerdas & Cergas

         Setiap ibu bapa pasti mahukan anak yang cerdas dan cergas kerana anak-anak begini akan terus membesar dan mampu mencapai kejayaan dalam hidup apabila mereka dewasa nanti. Tapi adakah anda semua sedar apakah yang dimaksudkan dengan cerdas dan cergas? Menurut kamus Dewan cetakan keempat CERDAS bermaksud sempurna akal untuk berfikir, mengerti dan lain-lain. Dan CERGAS pula bermaksud aktif, bertenaga dan giat (otak, tubuh dan sebagainya).

           Perkara yang paling penting ialah ibu bapa tahu kayu ukur sebenar mengenai kejayaan anak-anak mereka. Apakah kemamouan mereka membaca dan menulis pada umur yang terlalu muda akan menjadi sandaran? Hakikatnya tidak! Kanak-kanak hanya akan melakukan sesuatu apabila mereka rasa mereka telahpun bersedia melakukannya. Jangan sesekali memaksa mereka melakukan perkara yang tidak disenangi atau mereka belum bersedia melakukannya.

 

        Tahukah anda, bahawa meniarap, menjulur, merangkak, bergayut dan mengutip adalah tanda-tanda anak anda bijak? Jadi, langkah awal untuk merangsang anak anda menjadi lebih cerdas dan cergas adalah dengan membenarkan mereka belajar menjadi menusia. Ertinya, Back to Basis dan semula jadi. Banyak aktiviti yang boleh anda lakukakan tanpa perlu mengeluarkan modal kecuali BERSABAR melihat anak anda meneroka sendiri dunianya dan JANGAN BIMBANG jika dia bermain kotor buat seketika.

 

          Bukan mudah untuk kita memiliki anak yang cerdas dan cergas jika mereka tidak dilengkapi dengan rangsangan dan didikan yang menyeluruh. Jadi, ketahuikah dan fahamilah tumbesaran dan perkembangan anak-anak dakam tahun-tahun pertama perkembangan hidupnya yang serba mencabar.

 

 

Apa Itu Tumbesaran Dan Perkembangan Kanak-kanak?

        Pertumbuhan adalah perubahan-perubahan yang boleh dilihat dengan jelas dalam proses pembesaran bayi dan kanak-kanak terutamanya perubahan fizikal. Perubahan ini disebut perubahan secara KUANTITI. Contohnya seperti berat badan, ketinggian tubuh dan saiz badan serta bilangan gigi.

Manakala, Perkembangan adalah perubahan yang tidak boleh diukur secara kuantiti tetapi jelas telah berlaku dan boleh dilihat dalam satu tempoh yang panjang. Perkembangan melibatkan aspek keupayaan dan kebolehan bayi atau kanak-kanak untuk berfungsi dan berinteraksi dengan keadaan sekeliling untuk keselesaan hidup sepanjang hari. Perubahan ini disebut perubahan secara KUALITI. Contohnya mengkoordinasikan pergerakan anggota badan, bertutur, memahami dari benda-benda konkrit ke abstrak, berinteraksi dan meluahkan perasaan kepada orang lain dan keadaan sekeliling.

Perkembangan terbahagi kepada 4 bahagian iaitu:

 

1) Perkembangan Fizikal

    ~ Perubahan yang berlaku dari segi bentuk dan saiz; kebolehan mengawal pergerakan motor kasar dan halus serta koordinasi anggota badan.

2) Perkembangan Bahasa

    ~ Perubahan dari tahap mengeluarkan bunyi-bunyian kepada penerimaan, kefahaman dan mengeluarkan kata-kata sebagai tindak balas kepada stimulasi atau rangsangan.

 3) Perkembangan Kognitif

    ~ Keupayaan akal fikiran kanak-kanak untuk mengumpul maklumat dan meluahkan perasaan.

4) Perkembangan Sosio-Emosi

    ~ Keupayaan kanak-kanak bergaul, berinteraksi dan meluahkan perasaan.

     

Siapa Pendidik Utama Kanak-kanak?

     Kanak-kanak adalah tanggungjawab utama ibu bapa. Tidak kira apapun yang dihadapi ibu bapa, mereka tidak boleh menidakkan tanggungjawab mereka. Bagaimanapun, di atas beberapa sebab tertentu, maka pengasuh alternatif telah diwujudkan. Hal ini kerana kedua ibu bapa keluar bekerja, menyambung pelajaran, sakit dan sebagainya makanya anak mereka diserahkan kepada pengasuh ibarat sebagai IBU GANTI untuk satu jangka masa tertentu. Tetapi BUKAN pengganti ibu SEPENUHNYA!

 

 

*Sumber : Artikel Pa&Ma*

0 orang sumbangkan pendapat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...