.: Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :.
"4 Lil One sebuah blog yang menghimpunkan pelbagai artikel daripada web dan media cetak yang didedikasikan khas untuk memberikan maklumat, panduan dan bimbingan serta perkongsian pengalaman mengenai Kehamilan, Penyusuan Susu Ibu, Penjagaan Bayi dan Kanak-kanak, Pemakanan serta aktiviti-aktiviti yang berkaitan kekeluargaan. Semoga info-info di blog ini dapat membantu ibu bapa semua terutamanya 1st time parent."

26 October 2010

::Info Mama:: Fakta Tentang Air Ketuban

 


    Air Ketuban berasal daripada cecair rembesan kulit bayi dan produk air kencing bayi dan ia mencerminkan sistem kumbahan dan fungsi buah pinggang dan gastrausus bayi sendiri. Cecair tersebut yang mengelilingi bayi dalam kandungan ibu.


    Air kencing yang dihasilkan pleh bayi menunjukkan fungsi buah pinggang kerana bayi menelan semula air kencingnya, jadi ia bermakna fungsi buah pinggang dan gastrausu adalah normal.

    
    Jika air ketuban kurang, ia menunjukkan bayi tidak menghasilkan air kencing yang cukup, bermakna fungsi buah pinggannya terjejas dan sekiranya tidak berfungsi dengan betul, ia membawa maksud berlaku congenital abnormalities.


    Sekiranya air ketuban kurang, saiz perut ibu pun lebih kecil kerana ia kering. Perut ibu yang kecil juga disebabkan air ketuban pecah awal atau bersalin pra-matang walaupun saiz bayi adalah normal. Dalam kes ini, doktor akan menyuruh ibu melahirkan bayi sebab ia membawa risiko pada bayi sama ada kematian, kecacatan atau dijangkiti kuman.

0 orang sumbangkan pendapat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...