.: Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :.
"4 Lil One sebuah blog yang menghimpunkan pelbagai artikel daripada web dan media cetak yang didedikasikan khas untuk memberikan maklumat, panduan dan bimbingan serta perkongsian pengalaman mengenai Kehamilan, Penyusuan Susu Ibu, Penjagaan Bayi dan Kanak-kanak, Pemakanan serta aktiviti-aktiviti yang berkaitan kekeluargaan. Semoga info-info di blog ini dapat membantu ibu bapa semua terutamanya 1st time parent."

26 October 2010

Kenali Perwatakan Anak

 

Bayi anda yang semakin aktif ke sana sini menampilkan pelbagai perangai pelik. Kadang-kadang dia amat manja tetapi kadang-kadang tidak mahu dekat dengan anda seolah-olah anda sangat asing baginya. Mengapa hal ini terjadi?

Seharian bekerjaa di pejabat membuatkan anda rindu pada si kecil tetapi bila pulang, dia menolak anda pula. Dia yang sedang asyik bermain marah bila anda cuba bermain dengannya. Anda tentu rasa sedih bila tidak diendahkan oleh bayi kesayangan anda. Jangan bimbang, sebenarnya bayi yang sedang asyik bermain memang tidak suka diganggu, itu adalah antara senario atau lumrah tabiat dan perwatakan anak sewaktu belajar atau meneroka persekitarannya.

Oleh itu, anda perlu belajar bagaimana hendak memahami perwatakan anak terlebih dahulu sebelum mebuat kesimpulan yang anak anda sudah membenci anda. Lama-kelamaan anda akan tahu dengan sendiri bila dan bagaimana hendak berinteraksi atau bertindak balas dengan anak.

 

Bermain Sendiri

Biarkan dia duduk sendiri, merangkak ke sana sini dengan gembira, menghiburkan diri dengan alat permainan baru. Asyikkan dia dengan barang permainan kegemarannya dengan membuatkan dia bergerak ke hadapan untuk mencapai objek itu. Anda harus memerhatikan sahaja dari jauh kerana pada waktu ini dia tidak mahu diganggu.

Tanda Sayang

Ciuman, pelukan, tepukan dan senyuman amat bermakna kepada bayi. Ia merupakan galakan kepada bayi untuk mencuba lebih gigih lagi. Hal ini dapat membuat dirinya berasa penting dan dikasihi demi memenuhi keperluan dalam dirinya yang mempunyai perasaan takut, seronok dan bosan.

 

Menangis

Bayi yang menangis tidak bermakna dia lapar atau basah. Mungkin dia hanya bosan atau pun kecewa dengan sesuatu. Misalnya dia gagal membunyikan muzik di dalam bola. Segeralah pujuk dan bantu dia melakukan sesuatu aktiviti  agar bayi kembali tenang. Bayi anda memerlukan masa untuk belajar. Anda perlu sentiasa bersikap tenang dan konsisten serta kesabaran untuk menguruskan perangai bayi.

 

Merangkak

Apabila si kecil sudah mula boleh merangkak, dia akan mula ke sana sini. Ketika ini dunia penerokaannya semakin meningkat. Biarkan dia bebas bergerak. Jangan hadkan pergerakkan si kecil. Namun hati-hati, si kecil mungkin boleh mencapai objek tajam atau kaca. Mulailah menyimpan objek yang berbahaya di tempat yang selamat.

 

Bebaskan diri

Sekali sekala, biarkan si kecil tidak memakai baju. Biarkan dia bermain, dia akan berasa seakan ‘bebas’ seketika. Sesuai sekali dilakukan waktu selepas si kecil mandi. Jangan lupa lakukan urutan ringkas pada anggota badannya.

 

Masa untuk tidur

Bayi mungkin menunjukkan tanda penat. Selepas seronok bermain, si kecil akan merehatkan dirinya seketika. Biarkan dia terlelap tanpa sebarang gangguan daripada sesiapa. Sebaik sahaja dia bangun tidur, berilah dia susu dan ucapkan tahniah kerana berjaya menjadi anak yang aktif dan bijak pada hari itu.

0 orang sumbangkan pendapat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...