Timun bukanlah sejenis sayuran asing bagi rakyat Negara ini. Daripada menjadi hirisan untuk sajian sandwich, acar, rojak, pasembor sehinggalah dimakan mentah begitu sahaja, timun sudah begitu sebati dalam sajian semua lapisan masyarakat Malaysia.
Tidak terhad kepada menu untuk mengisi perut, uniknya timun sejak berkurun lamanya juga menjadi bahan kosmetik moden dan tradisional untuk penjagaan kesihatan.Selain terkenal dengan bahan yang boleh diaplikasikan secara mentah untuk memulihkan keletihan mata, timun juga sumber yang baik untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik.
Namun, apakah khasiat dan nutrisi sebenar timun? Adakah penggunaannya hanya baik sebagai bahan kosmetik tradisional?
Berasal dari kawasan Banjaran Himalaya di India, aktiviti perdagangan membawa timunatau nama saintifiknya CUCUMIS SATIVUS ke seluruh pelosok dunia sehingga menjadi sebahagian daripada makanan budaya di Greece, Itali, Mesir, Asia, Afrika dan Amerika Syarikat (AS).
Tanaman yang menjalar dan daunya melilit pada junjung ini menghasilkan buah yang berwarna hijau keputihan sepanjang 10 hingga 20 sentimeter. Buah yang berbiji banyak ini mengandung, 0.65 peratus protein, 0.1 peratus lemak dan sebanyak 2.2 peratus karbohidrat.
Timun juga mengandungi kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, vitamin A, Vitamin B2 dan C. Secara nutrisinya, timun mengandungi garam semula jadi, enzim dan pati vitamin untuk menguatkan pertumbuhan dan memperbaiki sel.
Walaupun timun biasanya diambil secara mentah atau bahan tambahyan dalam menu lain, tetapi ramai yang tidak mengetahui cara terbaik untuk makan timun adalah dengan menjadikannya sebagai jus. Menurut Dr. Albert Jessent, pakar pemakanan dari New York, jus timun sememangnya bukanlah antara minuman jus yang popular berbanding buah atau sayuran lain.
“Timun biasa diambil mentah atau dimasak. Tetapi ramai yang tidak mengetahui khasiat terbaik yang terkandung dalam timun dapat diambil sepenuhnya melalui jus. Kebanyakan nutrient timun terletak pada kulitnya. Oleh itu anda tidak seharusnya membuang kulit timun semasa mengisarnya menjadi jus,” katanya.
Sememangnya tidak dapat disangkal nutrisi yang ada pada timun membolehkan ia tersenarai sebagai antara bahan popular untuk produk kosmetik. Baik untuk kulit kering, kulit terbakar sinar matahari, kesihatan rambut dan kesihatan kuku. Walaubagaimanapun, salah satu jagoan timun yang mungkin tidak diketahui ramai adalah kemampuannya bertindak merendahkan tekanan darah anda.
“Jika anda ingin menjauhi tekanan darah tinggi dekatilah timun dabn jangan lupa cuba ambil dalam bentuk jus bukannya mentah atau dimasak,” ujar Jessent. Katanya, terdapat kajian yang diklakukan baru-baru ini yang menunjukan kandungan potassium, magnesium dan fiber boleh merendahkan tekanan darah.
Kombinasi bahan sihat ini berdasarkan kajian, mengurangkan tekanan darah sistolik responden kepada lima manakala tekanan darah diastolik kepada 3.5
Mungkin ada yang bertanya apa kaitannya kombinasi nutrisi diet ini dengan timun? Timun mengandungi kombinasi potassium, magnesium dan fiber yang tinngi. Kandungan vitamin C, yang bersifat antioksida menambahkan lagi peranan timun dalam merendahkan tekanan darah.
Resipi Jus Timun
- Rendamkan timun sayur dalam besen dan pastikan isi air hingga timun tenggelam.
- Masukan garam ke dalam air rendaman timun. Jika anda menggunakan garam laut, masukan 5 sudu besar garam dan jika anda menggunakan garam bukit masukkan 2 sudu besar garam.
- Rendam timun sehingga 30 minit - 45 minit. Tetapi terdapat satu kaedah lain bagi memendekkan tempoh masa rendaman iaitu dengan memasukan sekilo ais ke dalam rendaman. Dengan kaedah rendaman ais, masa rendaman boleh dipendekan ke 15 minit sahaja.
- Setelah cukup tempoh rendaman, basuh timun di bawah air mengalir hingga bersih
- Potong bahagian atas timun dan pusing arah lawan jan bagi mengeluarkan getah timun. Jangan lupa potong pada bahagian bawah timun juga.
- Timun dibelah 4 bahagian dan buang biji/empulur timun (biji timun bersifat sejuk dan boleh memangkinkan masalah asma, batuk dan sebagainya. Pastikan anda tidak membuang kulit timun kerana bahagian kulit sangat tinggi nilai mineralnya
- Kisar timun bersama sejumlah air untuk dijadikan jus. Campurkan sedikit garam dan gula perang untuk menyedapkan jus timun anda
- Tapis dengan penapis kain atau sebagainya untuk dapat Jus Timun yang halus dan selesa untuk diminum.
Perhatian: Bagi memastikan anda mendapat nutrisi yang baik dari Jus Timun, sebaik-baiknya anda terus minum jus tersebut tanpa menyimpan ke dalam peti sejuk.
Sumber: harmoni.kuskom.net
0 orang sumbangkan pendapat:
Post a Comment