.: Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :.
"4 Lil One sebuah blog yang menghimpunkan pelbagai artikel daripada web dan media cetak yang didedikasikan khas untuk memberikan maklumat, panduan dan bimbingan serta perkongsian pengalaman mengenai Kehamilan, Penyusuan Susu Ibu, Penjagaan Bayi dan Kanak-kanak, Pemakanan serta aktiviti-aktiviti yang berkaitan kekeluargaan. Semoga info-info di blog ini dapat membantu ibu bapa semua terutamanya 1st time parent."

03 December 2010

Amalan Penyusuan Rasulullah s.a.w

Sumber : DuniaSusuIbu.com

 

Amalan penyusuan telah dipraktikkan oleh masyarakat sejak zaman jahiliah lagi.

  • Menjadi kebiasaan golongan bangsawan Arab di Mekah apabila seorang anak dilahirkan mereka akan segera mencari wanita-wanita dari kawasan pedalaman untuk menyusukan anak.

  • Kabilah pedalaman yang terkenal menyusukan bayi adalah kabilah Bani Saad (Muhammad Husain Haekal. 1989. Sejarah Hidup Nabi Muhammad. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka).

  • Persekitaran yang bersih dan nyaman serta bahasa Arab tulen yang belum lagi bercampur dengan bahasa lain menyebabkan masyarakat zaman jahiliah le­bih suka menyerahkan anak mereka kepada wanita-wanita Bani Saad untuk disusui (G.W Choudry. 1993. The Prophet Muhammad, His Life and Eternal Message. Kuala Lumpur: WHS Publications Sdn. Bhd., hlm 20).

  • Setelah lapan hari dilahirkan, Rasulullah s.a.w telah disusui oleh Thuwai­bah iaitu hamba kepada Abu Lahab untuk sementara waktu sebelum diserahkan kepada seorang wanita dari kaum Bani Saad bernama Halimah binti Abd Dhuaib atau lebih dikenali dengan nama Halimah al-Saadiah.

 

  • Ciri-ciri masyarakat Bani Saad yang pintar dan petah bercakap serta  keperibadian Halimah sendiri yang berbudi bahasa dan berpekerti mulia memberikan pengaruh yang besar dalam kehidupan Rasulullah s.a.w. (Sutina Sulaiman. 1993. Kelahiran Rasulullah s.a.w. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 192)

Rujukan: Ayu Aima Yusuf (2002). Sikap Masyarakat Terhadap Amalan Penyusuan. Penyusuan Susu Ibu Menurut Perspektif Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors, hlm 4.

0 orang sumbangkan pendapat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...