.: Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :.
"4 Lil One sebuah blog yang menghimpunkan pelbagai artikel daripada web dan media cetak yang didedikasikan khas untuk memberikan maklumat, panduan dan bimbingan serta perkongsian pengalaman mengenai Kehamilan, Penyusuan Susu Ibu, Penjagaan Bayi dan Kanak-kanak, Pemakanan serta aktiviti-aktiviti yang berkaitan kekeluargaan. Semoga info-info di blog ini dapat membantu ibu bapa semua terutamanya 1st time parent."

07 January 2011

Bermain Itu Menyihatkan Badan

image

Semua kanak-kanak, baik bayi mahupun remaja dan orang dewasa, suka bermain. Bermain yang lazimnya membabitkan pelbagai aktiviti dipilih sendiri, didapati menyeronokkan dan digemari kanak-kanak, sama ada secara bersendirian atau bersama orang lain. Ia bukan sahaja kegiatan yang dilakukan oleh kanak-kanak untuk menghilangkan rasa bosan tetapi juga sebahagian penting daripada perkembangan awal mereka.


Bermain memberikan kanak-kanak pelbagai manfaat dari segi perkembangan mereka – secara fizikal, emosi, sosial dan intelektual. Apabila diberi ruang dan masa secukupnya untuk bermain, mereka boleh meneroka, menunjukkan kreativiti dan menimba pengetahuan. Bermain turut membangunkan kemahiran penting yang diperlukan untuk berinteraksi dengan dunia di sekeliling mereka.


Kanak-kanak bermain dengan banyak cara dan dengan cara berbeza
mengikut peringkat usia mereka. Yang lebih tua mungkin mencari
permainan atau mainan tertentu yang lebih menarik dan mengasyikkan
berbanding apa yang digemari kanak-kanak kecil. Ternyata penglibatan
dalam permainan yang sesuai dengan usia mereka mengoptimumkan
tahap perkembangan masing-masing. Kebelakangan ini, bermain juga telah menjadi satu bentuk terapi bagi kanak-kanak dengan keperluan khas (seperti gangguan hiperaktif daya tumpuan, autism dan sebagainya).


Malangnya, dengan gaya hidup masyarakat moden sibuk dan lebih
penekanan pada kegiatan akademik dalam sistem pendidikan hari ini,
kanak-kanak mempunyai masa yang amat suntuk untuk bermain. Namun
begitu, ibu bapa masih boleh berikthiar untuk mencari dan meluangkan
masa bermain dan peluang pembelajaran untuk anak mereka. Baca selanjutnya untuk mengetahui mengapa bermain adalah penting untuk perkembangan anak anda, dan bagaimana anda boleh membantu mereka memanfaatkan sepenuhnya kelebihan yang diperolehi daripada bermain.

 

Kanak-kanak memerlukan jenis permainan berbeza jenis permainan.


Permainan penerokaan membolehkan anak anda mengenal dan meneroka ciri objek (saiz, bentuk, warna, dan tekstur), cara ia berfungsi, dan apa yang boleh dilakukan dengan objek tersebut. Contohnya, apabila bermain pasir dan air, anak anda menemui bahawa pasir berubah warna apabila basah, dan boleh dibentukkan bola apabila dimampatkan dalam tangan.image


Permainan sosial membolehkan anak anda berinteraksi dengan kanak-kanak atau dewasa lain. Mereka belajar tentang perkongsian, kerjasama, saling bertolak ansur dan tingkah laku sosial lain. Permainan yang mungkin diminati adalah berlumba-lari, permainan berkumpulan dan berbual menerusi telefon mainan. Dia juga peluang untuk mula berkomunikasi dan membangunkan kemahiran bahasa. Permainan fizikal, atau permainan motor, merupakan aktiviti atau permainan yang membabitkan pergerakan fizikal, seperti bersenam, bermain dengan alatan sukan, menunggang basikal beroda tiga, melompat tali dan menari. Ini membolehkan mereka membangunkan kemahiran motor kasar dan halus serta membina kekuatan otot. Permainan manipulatif ialah satu bentuk permainan yang membolehkan kanakkanak berlatih koordinasi mata dan tangan, supaya tangannya (termasuk jari), mata dan otak berfungsi bersama untuk bertindak untuk melakukan sesuatu.


Sebagai contoh, bayi akan menjadi lebih mahir menggunakan tangan apabila memegang mainan berdetar dan menggoncangnya.


Permainan kreatif memberi peluang kepada anak anda untuk menyampaikan idea, perasaan dan kreativiti menerusi aktiviti seperti membina menara dan rumah dengan blok, dan membentuk binatang daripada plastisin. Permainan daya imaginasi, atau permainan olok-olok mengembangkan daya imaginasi dengan berpura-pura menjadi watak lain, objek atau binatang. Kanak-kanak juga mungkin cuba mencontohi dewasa semasa menggunakan daya imaginasi, seperti membeli-belah atau memasak.

Peringkat Permainan “Kanak-kanak bermain dengan cara berbeza mengikut usia dan peringkat tumbesaran mereka. Pilihan mainan dan aktiviti mereka berubah ketika membesar. Lazimnya mereka terlibat dalam lebih
daripada satu jenis permainan pada satu-satu masa.”


Contohnya, bayi berusia 6 bulan bermain sendirian dengan mainan berdetar. Ini membabitkan penerokaan dan permainan manipulatif – bayi belajar cara menggunakan tangan untuk memegang mainan, dan mengetahui apa yang dilakukan oleh mainan tersebut apabila dia menggoncangnya. Apabila bayi berusia 12 bulan, dia mula bermain mainan tariksorong secara sendiri. Dia belajar cara untuk menggunakan jari untuk memegang mainan, menolak atau menarik mainan dan mempelajari apa yang berlaku seterusnya.


Apabila anak anda berusia 4 tahun, dia lebih uka bermain dengan kawannya. Dalam suasana inilah pelbagai ciri permainan digabungkan untuk menyokong perkembangannya dalam bidang berbeza.


Sebagai contoh:

  • Permainan sosial – apabila anak anda bermain dengan kanak-kanak lain.

  • Permainan fizikal – Mainan duduk dan pandu, sorok-sorok.

  • Permainan kreatif dan imaginasi – bermain hias, masak-masak, boneka dan anak patung.

  • Permainan kreatif dan manipulatif – Blok binaan dan set pembinaan.


“Bermain biasanya dilakukan dalam pelbagai bentuk. Anak anda mungkin mendapat manfaat daripada permainan dan menikmati pembangunan menyeluruh dengan pendedahan semua bentuk permainan,” ujar Dr Teoh.

“Dengan bermain, kanak-kanak mempelajari set kemahiran dan keupayaan berbeza pada peringkat kehidupan berbeza, walaupun sejak mereka masih bayi lagi,” kata Pakar Perunding Psikologi Klinikal, Profesor Madya Dr Teoh Hsien-Jin, sambil menambah bahawa umumnya terdapat enam jenis permainan yang menyumbang kepada perkembangan keseluruhan kanak-kanak.

 

Sumber : positiveparenting.org

0 orang sumbangkan pendapat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...