.: Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :.
"4 Lil One sebuah blog yang menghimpunkan pelbagai artikel daripada web dan media cetak yang didedikasikan khas untuk memberikan maklumat, panduan dan bimbingan serta perkongsian pengalaman mengenai Kehamilan, Penyusuan Susu Ibu, Penjagaan Bayi dan Kanak-kanak, Pemakanan serta aktiviti-aktiviti yang berkaitan kekeluargaan. Semoga info-info di blog ini dapat membantu ibu bapa semua terutamanya 1st time parent."

12 January 2011

Merangsang Susu Ketika Mengepam

Asas penyusuan susu ibu adalah penawaran dan permintaan (supply and demand). Lebih banyak anda menyusukan bayi anda, lebih banyaklah susu yang dihasilkan. Jika anda mengepam susu anda ketika berjauhan daripada bayi anda, ada beberapa cadangan yang anda boleh ikuti supaya susu anda tetap cukup untuk bayi anda.

  • Susukan  bayi sejurus sebelum anda ke tempat kerja dan sebaik sahaja anda sampai dari tempat kerja.
  • Bertenang. Tekanan/stres dapat mempengaruhi kebolehan semulajadi badan anda untuk mengeluarkan susu ibu. Lupakan tekanan di tempat kerja, tarik nafas dalam-dalam untuk mendapatkan kerehatan.
  • Pilih tempat yang senyap dan sesuai untuk mengepam.
  • Gunakan double pump untuk memerah susu badan. Ia mempengaruhi penghasilan hormon prolaktin anda.{mosimage}
  • Tambahkan sesi mengepam dalam sehari.
  • Pam sekurang-kurangnya 2 atau 3 kali sepanjang hampir 12 jam di tempat kerja.
  • Ambil cuti yang bersambung dengan hujung minggu jika kuantiti susu sangat sedikit.
  • Tidur tengahari sebentar (5-10 minit) sebelum memerah susu.
  • Bawa foto/audio/video bayi ketika mengepam.
  • Elakkan pil perancang dengan kandungan estrogen sahaja.
  • Jika anak menyusu susu formula, kurangkannya secara beransur-ansur.
  • Jaga pemakanan anda dan kesihatan anda.
  • Jangan terlalu memikirkan kuantiti susu yang akan dapat anda hasilkan.
Jika mengepam di rumah:
  • Perah susu selepas selesai menyusu bayi.
  • Pam di sebelah payudara lagi ketika anda menyusukan bayi.

sumber: Ratuhati.com

0 orang sumbangkan pendapat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...